KERJA DI STESEN MINYAK BESTT? BERAPA GAJI SEHARI?
BEST KE KERJA KAT STESEN MINYAK?
Hyee assalamualaikum korang..harini kita nk share psl pengalaman aku kerja kat salah sebuah stesen minyak kat Malaysia ni.So macam yg korang tau,ada banyak jenama stesen minyak yg ada kat Malaysia ni mcm petronas,shell,petron,bhpetrol,caltex dan sebagainya.
Aku mula kerja kat petron masa tu baru abis spm 2020,dalam bulan 3 mcmtu..so nak kerja la sementara tunggu result spm.Nak dijadikan cerita,aku pun start la kerja kat situ,masa tu aku umur 18 tahun.Masa mula mula tu aku rasa awkward la jugak an sbb kita taktau apa apa.But supervisor aka sv aku masa tu sporting,so hilang la nervous tu.On first day,akak tu ajar aku rutin harian kerja,mcm lap lap meja pe sume.Macam kat tempat lain jugak,kita akan training selama dua minggu.SO,dua minggu tu mmg takde cuti langsung..HA HA HA..tp gaji jalan hehe..
Dalam masa dua minggu tu banyak bende yg aku dah belajar.Aku belajar duduk kat cashier.Bukan senang tau nak jd cashier kat stesen minyak sbb,korang kene treat customer yg beli kat kedai at the same time korg kene treat customer yg beli minyak kat luar..haa gitu,so korang takbleh gelabah sangat tau..nnt short HA HA HA..tapi depends on stesen minyak tu la..ada stesen yg ada dua pc which satu utk mart and satu lg utk petrol..cuma tempat aku kerja tu cuma ada satu pc sahaja.Bukan jd cashier je,aku jugak belajar jd storekeeper.Stesen minyak pun ada storekeeper a.k.a sk jugak? YES..cuma sk utk stesen minyak ni takla banyak kerja macam kat pasaraya besar tu..korang hanya perlu terima invoice ataupun resit dari supplier,then check sama ada barang yg supplier hantar tu cukup atau tak,and korang kene call manager utk inform yg ada barang sampai..haa gitu..then korang kene refill air or makanan yg dah kosong kat rak dia tu..kalau harga berubah,korg kene key in kan harga baru and so on
After dua minggu training,akk sv tu pun letak aku as a cashier..mula mula tu aku agak lambat sikit sbb ada customer yg perangai dia lain mcm sikit..antaranya ialah :
1-Dia bagi duit pastu terus pgi kat pump -_-😑
2-Dia bagi duit pastu cakap nak minyak apa pastu pgi tanpa bgtau pump no berapa -_- (ingt kat dahi dia tu ada tulis no pump ke?)
3-Dia cakap nk minyak kuning (ron 95),bila kita set minyk kuning,dia angkat minyak hijau (ron 97)..ayooooooo pastu dia salahkan kita pulak
Aku statekan 3 je la eh sbb kalau nk ikut kan banyak sgt ragam customer kat stesen minyak ni..ada yg mintak resit tp tak beli minyak pun ada..
Pastu,aku dahla tak kenal jenama rokok au HAHAHAHAHA so bila ada cust nk beli rokok tu aku cam terkial ii nk cari rokok nama apa..bkn tu je weyy,dalam satu jenama rokok tu,ada byk warna beb..and dia ada nama nama pasar dia..tp Alhamdulillah cust tu tlg tunjukkn yg mana..
Then macam stesen lain,petron pun ada hire pakcik pakcik dari bangladesh jugak.Tugas mereka ialah,dr segi pembersihan,treat cust kat pump dan menjadi cashier utk shift malam sbb takkn nk bg perempuan kerja shift malam kan,so bahayaa..sbb kawasan tu kwsn yg agak bahaya..
Eee kerja dgn bangladesh? yess ada apa apa masalah ke? honestly at first aku ingat pakcik pakcik ni gatal kan..TETAPI...mereka baik dooo..srstalk..kadang kadang aku ada la sembang dgn mereka..sejak tu aku tau budaya org bangladesh..and untuk pengetahuan korg..tak semua org bangladesh tu jahat and gatal tau..ada je yg betul betul ikhlas niat nk kerja untuk anak bini kat kampung..
Then,aku nak cerita tentang environment kerja kat petron tu..untuk pengetahuan korg,kami ada 4 orang staff perempuan,(1 sv,2 sk,1 cashier) and guess wht..mereka ni asal dari KEDAH..haaa korg tau tau je la kalau depa ni mai kl,kami ni yg kena belajar dgn depa tu..HAHAHAH tp aku suka la kerja dgn diorg ni sbb mereka happy go lucky auu..aku dah anggap dorg mcm family dah..
Haaa lagi satu..act kami bkn kerja as cashier and storekeeper je tau..kami jugak kene active kat social media jugak..sbb..petron malaysia ada buat satu program nila an..so manager kami mintak kami buat vid utk promosikan produk produk petron..kami ada buat byk program bawah arahan manager kami..contohnya macam melawat rumah anak yatim..sedekah kuih dan sebagainya..so kat sini korg g pendiam tu bleh bljr softskill dalam komunikasi..korang boleh tgk apa program yg kami jalankan di instagram (petronjalanbalakong)..aku dulu pun seorang yang pemalu,tp bila kerja sini...keyakinan diri tu bertmbah la kan..manager kami pun baikkk gila weyy..act manager tu ialah anak boss kami..and beliau mmg sporting..slalu belanja makan..pastu bawak kami datang rumah..solat terawih pe sume..mana korg nk dpt manager mcmtu? habaq maii..
Okayy skrg kita nk sembang pasal waktu bekerja..kita ada dua shift iaitu shift pagi (7am-7pm) dan shift malam (7pm-7am)..tapi depends jugak sbb bila nk close shift,kita kene buat report manual and kene call manager..so bende tu ambik masa la jugak..then masa ni la korg nak tau korang short ke tak..short ni maknanya duit yg ada kat drawer korg tu,kurang dari duit yg ada dlm sistem..so bila korg short,duit gaji korang akan kene potong..hm
Gaji mahal ke kalau kerja stesen minyak? ermmm boleh tahan la..korang akan dpt gaji basic and gaji ot..setiap hari yg korg kerja tu..akan ada 4 jam ot..so kira la..macam aku haritu kerja masatu basic belum 1,500 lagi..masa aku kerja tu basic 1,200 so sebulan tu aku boleh dapat 2k lebih..kalau kerja masa public holiday boleh cecah 3k..
So itulah pengalaman aku kerja di sana selama beberapa bulan..then tibala masa keputusan spm keluar..and aku decide utk sambung belajar..aku bg notis 2 minggu pada manager..act sedih la nk tinggalkn kerja ni sbb staff sume okayy dgn aku..manager baikkk..bos pun baikk..tp nak buat macamana kan..aku kena sambung belajar demi masa depan..okayy tu je,terima kasih kerana membaca 💜
Comments
Post a Comment